SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

FA SELANGOR LANCAR FASILITI BARU DI SHAH ALAM


Persatuan Bola Sepak Selangor (FA Selangor) hari ini telah melancarkan kemudahan latihan
pemain dan pejabat baru di Padang Latihan SUK, Seksyen 5, Shah Alam. Pusat latihan berkeluasan 400,000 kaki persegi itu adalah bukti komitmen FAS untuk membawa persatuan ke tahap yang lebih tinggi.

Majlis perasmian fasiliti baharu yang dinamakan FAS Training Centre itu telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam satu majlis ringkas yang turut dihadiri oleh pihak penaja, exco persatuan dan wakil media.

“Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), merupakan satu entiti yang besar dalam kancah bola sepak Malaysia. Meskipun telah tertubuh selama hampir 83 tahun dan berjaya meraih pelbagai kejuaraan utama di Malaysia, FAS masih lagi beroperasi di pejabat yang usang di Kelana Jaya dan hanya mempunyai pusat latihan yang serba kekurangan,” jelas RMS sewaktu ucapan perasmian beliau.

“Beta berharap agar kemudahan baru ini dapat menaikkan lagi semangat pemain, barisan kejurulatihan serta staf dalam m em berikan yang terbaik untuk persatuan, sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Merah Kuning di Malaysia.”

Perasmian fasiliti baharu yang merupakan visi pertama beliau ini turut menyaksikan pusat
pentadbiran FA Selangor telah berpindah dari pejabat lama mereka yang terletak di Kelana Jaya selepas hampir 23 tahun.

Kemudahan baharu yang dilengkapi padang latihan, gimnasium, kawasan rawatan fisioterapi, dan kompleks pejabat ini bukan sahaja diharapkan dapat memberi semangat dan inspirasi baru kepada pemain, selain membolehkan pentadbiran persatuan dan kejurulatihan diletakkan dibawah satu bumbung.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon pula melahirkan rasa syukur dan gembira setelah visi yang telah menjadi sebuah realiti.

“Setelah m engam bil alih pucuk kepim pinan persatuan, pihak pengurusan baharu telah
menggariskan 5 teras untuk memperkasakan Selangor FA. Pembinaan fasiliti ini adalah perkara pertama yang telah diputuskan dan alhamdulillah, impian FAS untuk mempunyai fasiliti yang lebih baik dan pusat pentadbiran persatuan yang lebih mampan telah berjaya direalisasikan.”

Johan juga sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada Vizione Holdings Berhad, salah satu rakan strategik FAS yang juga menjadi penggerak utama dalam pembinaan fasiliti yang bernilai RM1.5 juta ini.

“FAS mengucapkan terima kasih kepada Vizione Holdings Berhad diatas kepercayaan yang diberikan. Komitmen inilah yang bakal membuatkan pasukan lebih bersemangat untuk memburu kemenangan di atas padang”.

“Kami berharap melalui kerjasama ini, maka lebih banyak syarikat akan tampil sebagai rakan penaja kepada FA Selangor,” tambahnya.

Johan turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana memberi kebenaran untuk menguruskan padang SUK selama 3 tahun lantas menjadikan transformasi fasiliti tersebut sebuah realiti.

“FA Selangor juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor
terutam anya kepada Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Amirudin Shari kerana sentiasa memberikan komitmen untuk memajukan bola sepak Selangor. Tanpa kerjasama dari Yang Amat Berhormat, fasiliti serba moden ini pasti tidak akan berjaya
dibina.”

Fasiliti baru ini dibina hasil kerjasama persatuan bersama Vizione Holdings Berhad, sebuah syarikat perkhidmatan kejuruteraan awam, pembinaan infrastruktur dan pembangunan hartanah yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

 

————————————————————————

Football Association of Selangor (FAS) has launched a new training facility and office complex in SUK Sport Complex, Seksyen 5, Shah Alam. The 400,000 square feet training centre is proof that the new FAS management is committed to bringing the association to new heights.

The new facility named FAS Training Centre was officiated by HH Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah in a sim ple cerem ony attended by team sponsors, association excos and media representatives.

“Football Association of Selangor (FAS) is a huge entity in the Malaysian football scene. Although it has a history of more than 83 years and it has enjoyed countless major success in Malaysia, FAS was still operating out of an old office in Kelana Jaya and players were training in a training facility that was not befitting the status of a Malaysian football giant such as Selangor,” RMS commented during his officiating speech.

“I hope that the new facility can further raise the spirits of the players, coaches, as well as backroom staff in giving their best to the association in hopes that this brings us a step closer to returning Red Giants to the pinnacle of Malaysian football.”

The launch of the new facility also sees the administrative headquarters of FA Selangor move from their old office in Kelana Jaya, being based there in over 23 years.

Complete with training pitches, gym, physio treatment area, and office complex, the new training centre is hoping to inspire the players, as well as enabling the administrators and coaches be put under one roof.

The Secretary General of FAS, Dr Johan Kamal Hamidon is grateful and happy after seeing a vision transform into reality.

“After taking over the leadership of the association, the new management came up with 5 core pillars to strengthen FA Selangor. The completion of the facility is the first thing that was on the agenda and thank god, FAS’ dream of being based in a better facility has been realized.”

Johan also thanked Vizione Holdings Berhad, a strategic partner to FAS that is the biggest
contributor to the construction of the RM1.5 million facility.

“FAS thanks Vizione Holdings Berhad for the trust they placed on us. It is this sort of commitment that will spur the team to be more passionate in the pursuit of glory on the field.”

“We hope that through this successful partnership, even more companies will come forward to be our strategic partners,” he added.

Johan also took the opportunity to give appreciation to the Selangor state government for giving the rights to manage the SUK field for the next 3 years thus allowing the transformation project to become a reality.

“FA Selangor also wants to thank the state government, especially Chief Minister, Yang Amat Berhormat Amirudin Shari for his continuous commitment to bring Selangor football to another level. Without his trust and support, this new modern facility will not become a reality."

The new facility was built in partnership with Vizione Holdings Berhad, a company listed on Bursa Malaysia.